NEGERI SEMBILAN

RAMAI YANG RASA NEGERI SEMBILAN, NEGERI PENUH ADAT DAN SEJARAH. YA, SEJARAH! SINONIMNYA SEJARAH DI PENUHI MUZIUM DAN IANYA MEMBOSANKAN.
Bagi sesetengah orang, Negeri Sembilan hanya sesuai bagi mereka yang ingin menerokai sejarah silam. Namun, anda perlu tahu 5 tempat yang mampu menarik anda datang ke Negeri Sembilan tanpa berfikir panjang.

Satu, Pulau Burung.

Pulau Burung sangat menarik kerana alam semula jadi hutannya dengan pokok-pokok paya bakau yang tumbuh di sekitar pulau kecil ini. Mana lagi nak jumpa pokok paya bakau sekarang ini? Negeri Sembilan sahaja. Berita baik untuk kaki joran, jangan lupa bawa peralatan memancing anda kerana Pualu Burung tempat yang sesuai untuk aktiviti ini. Lokasi: Port Dickson.

Dua, Jelita Ostrich Farm.

Tahu macam mana rasanya makan telur burung unta? Tidak kan. Anda boleh dapatkannya di Jelita Ostrich Farm dengan harga RM 80. Bukan setakat makan, di sini juga anda boleh mendekati burung-burung unta untuk bergambar, memberi makan, melihat burung unta berlumba, menunggang burung unta pun boleh sepuas hati anda. Itik, kambing, kuyda dan bangau juga ada. Lokasi: Jelebu.

Tiga, Batu Maloi Cave.

Siapa yang berminat dengan aktiviti lasak? Batu Maloi Cave adalah tempat terbaik untuk menguji tahap kelasakan anda. Gua ini agak mencabar untuk diterokai. 90% masa anda beradsa di dalam gua ini, badan ditenggelami air kerana Batu Maloi Cave adalah gua bersunagi. Anda perlu mendapatkan khidmat tour guide terlebih dahulu kerana gua ini bukan gua biasa, ia memberikan anda pengalaman yang luar biasa. Tak percaya? Ayuh cuba! Lokasi: Johol.

Empat, Pantai Teluk Kemang.

Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling terkenal di Negeri Sembilan. Dengan keluasan pantainya, banyak aktiviti air di sediakan. Antaranya jetski, banana ride, parasail, marble boat, motor air dan buggy. Pantai ini lengkap dengan infrastruktur seperti pejalan kaki, tandas, gazebo, kedai cenderahati dan gerai-gerai makanan. Lokasi: Port Dickson.

Terakhir, The Dusun.

The Dusun adalah tempat penginapan bagi anda yang ingin berehat dan menyendiri. Kedudukan lokasinya yang jauh dari bandar memberi ketenangan dan kedamaian, ditambah pula The Dusun dikelilingi kehijauan alam semula jadi dan kolam renang yang menanti pengunjungnya. Istimewanya setiap rumah The Dusun dibina dengan rekaan tersendiri dan unik. Lokasi: Seremban.


Jom bercuti bersama Dar At Taqwa Travel & Tours


Pakej percutian budget

Pakej percutian bulan madu
Pakej percutian keluarga
Pakej percutian VIP

Tarikh dan Masa macam mana?

Anda sendiri boleh tentukan.

DAR AT TAQWA TRAVEL

No 35-2, Jalan 9/9C,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.

Hubungi:

0129745543
0183566467
0389127379

Meh pakat booking sekarang!