TAHUKAH ANDA TERDAPAT KHAZANAH ALAM SEMULA JADI YANG MASIH DIPELIHARA DI TAMAN NEGARA, PAHANG? BERMINAT MENGETAHUI LEBIH LANJUT? TERUSKAN MEMBACA ;)
1. Titian Kanopi
Kalau datang ke Taman Negara jangan tidak mencuba satu aktiviti yang paling popular iaitu menyusuri Canopy Walkway. Canopy Walkway ini merupakan jambataan yang paling tinggi dan juga yang terpanjang di dunia. Jarak keseluruhannya menjangkau 500 meter dan setinggi 50 meter dari permukaan tanah. Fakta yang menarik tentang Canopy Walkway Taman Negara ini ialah, ianya dibina tanpa menggunakan paku dan hanya menggunakan teknik yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar di sini.
2. Rapids Shooting
Satu aktiviti menarik lain di Taman Negara yang mesti anda cuba dan ianya sangat unik. Pengunjung akan menaiki bot dan berlumba antara satu sama lain. Menyusuri sungai secara lawan arus dengan menaiki bot kayu panjang dan “cucuk-cucuk, himpit-himpit” antara bot sehingga basah penumpangnya, sememangnya satu pengalaman yang menyeronokkan. Pengunjung yang datang untuk hari keluarga atau team building bersama rakan sekerja pastikan anda mencuba aktiviti ini!
3. Jungle Trekking
Memang tidak sah kalau datang ke Taman Negara, tidak melakukan aktiviti menyusuri denai-denai hutan. Di sini tersedia kemudahan platform dan denau jalan kaki khas untuk memudahkan pengunjung ber-jungle trekking. Pengunjung boleh menyusuri hutan pada waktu pagi atau pada waktu malam. Diingatkan kepada pengunjung agar tidak terlalu teruja sehingga lupa langkah - langkah keselematan sewaktu jungle trekking.
4. Gua Telinga
Satu lagi aktiviti yang paling mencabar ialah meneroka gua. Terdapat beberapa gua di Taman Negara yang menjadi kunjungan pelancong, antaranya Gua Telinga. Gua Telinga terletak tidak jauh dari Taman Negara dan pengunjung perlu menaiki bot menyusuri sungai untuk sampai ke sini. Sebaik sampai di tebing sungai pengunjung perlu jungle trekking sekitar 30-40 minit sebelum sampai di pintu masuk Gua Telinga. Di dalam gua ini permukaannya agak licin dan basah, jadi ianya memerlukan tahap stamina dan ketangkasan pengunjung kalau bercadang ingin masuk ke dalam. Pengunjung juga dapat melihat banyak kelawar-kelawar besar di sini.
5. Lata Berkoh
Di Taman Negara terdapat beberapa lokasi air terjun yang menarik dan salah satunya di Lata Berkoh. Air terjun di sini memang sangat adventure dan best! Airnya dalam dan pengunjung boleh menyelam. Juga disediakan perkhidmatan spa secara percuma kepada pengunjung dengan manadahkan badan di aliran air terjun yang deras >.<
6. Santuari Ikan Kelah
Disini terdapat sebuah tempat pemuliharaan ikan kelah di Lubuk Tenor dan yang menariknya, ikan-ikan di sini sangat jinak. Pengunjung boleh merasai pengalaman memberi makan ikan dan berenang bersama ikan. Satu tarikan di Taman Negara yang unik untuk snorkeling bersama dengan ikan-ikan air darat yang besar saiznya sehingga ada yang seberat 12-15 kg. Namun, pengunjung tidak dibenarkan memancing.
7. Restoran Terapung
Uniknya di Taman Negara ini, pengunjung boleh merasai pengalaman makan samada minum pagi atau makan tengahari atau makan malam di Restoren Terapung yang menawarkan kepelbagaian hidangan masakan. Dan yang paling menarik disini sudah tentu masakan ikan darat yang segar dan sedap dari Sungai Pahang seperti ikan patin, jelawat dan sebagainya. Harus beringat untuk bertanyakan dahulu harga hidangannya kerana hidangan makanan laut boleh mencecah ratusan ringgit untuk satu kg.
Jom bercuti bersama Dar At Taqwa Travel & Tours
Pakej percutian budget
Pakej percutian bulan madu
Pakej percutian keluarga
Pakej percutian VIP
Tarikh dan Masa macam mana?
Anda sendiri boleh tentukan.
DAR AT TAQWA TRAVEL
No 35-2, Jalan 9/9C,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.
Hubungi:
0129745543
0183566467
0389127379
Meh pakat booking sekarang!
Pakej percutian budget
Pakej percutian bulan madu
Pakej percutian keluarga
Pakej percutian VIP
Tarikh dan Masa macam mana?
Anda sendiri boleh tentukan.
DAR AT TAQWA TRAVEL
No 35-2, Jalan 9/9C,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.
Hubungi:
0129745543
0183566467
0389127379
Meh pakat booking sekarang!