Melaka terkenal dengan bandar bersejarah. Bermulanya kerajaan di negeri Melaka. Bercuti di Melaka umpama percutian sambil belajar. Bawa anak-anak dan keluarga ke Melaka untuk menjejak kembali sejarah kegemilangan kerajaan Melayu suatu ketika dahulu. Dimana? Teruskan membaca :)
1. Kota A’Famosa
Jangan dikatakan rakyat Malaysia jika tidak mengetahui kewujudan Kota A Famosa. Kota A’Famosa dikenali sebagai mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka. Pada tahun 1807, kebanyakkan bahagian daripada bangunan ini telah diruntuhkan dan sekarang hanya sebahagian kecil sahaja. Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara kita.
2. Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Datang, lihat dan rasai sendiri kehidupan harian penduduk istana di Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Di sini anda dapat melihat apa yang terkandung dibelakang dinding istana dan mempelajari tentang adat istiadat Kesultanan Melayu. Istana ini dibina dengan cara tradisional bagi mengekalkan ciri-ciri unik sejarahnya. Masuk saja ke muzium ini, anda akan merasai seumpama kembali kepada zaman 50 dekad yang lalu.
3. Maritime Museum
Muzium Maritime atau Muzium Samudera, memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat bagaimana kekuatan tentera maritime memainkan peranan penting dalam menentukan pihak yang berkuasa pada zaman tersebut. Tarikan utama di sini merupakan replika kapal Flor de la Mar (Flower of the Sea) yang mengikut sejarah telah karam di perairan Sumatra. Agak teruja melihat bahtera dengan ketinggian 34 meter tinggi ini. Masih adakah lagi harta karun dibawah laut sumatera ya?
4. Muzium Cheng Ho
Muzium ini dibuka untuk mempamerkan sejarah Laksamana Cheng Ho dan menceritakan kisah penjelajahan beliau merentasi lautan dalam usaha mencari dunia baru. Jika anda meneliti, bukahkah Melaka tersangat hebat sehingga wakil kerajaan tamadun terbesar iaitu Tamadun China ingin singgah melihat Melaka? Muzium Cheng Ho juga mempamerkan model kapal laut, tulisan kaligrafi dan peralatan muzik traditional.
5. Baba Nyonya Heritage Muzium
Baba Nyonya Heritage Muzium dibuka pada tahun 1985 mempamerkan sejarah dan budaya kaum peranakan di Negeri Melaka. Muzium ini menggabungan 3 lot teres adalah hak milik keluarga Baba dan Nyanya bernama keluarga Chan yand datang menetap di Melaka dengan tujuan untuk berniaga. Keturunanya telah berjaya memelihara banyak ciri-ciri dan perabot asal rumah ini jesteru menjadikan tempat sebagai muzium Baba dan Nyonya.
Selain senarai diatas, anda juga boleh lawati The Stadthuys, Melaka River Cruise, Muzium Sejarah&Etnografi Melaka, Kota Belanda Bukit St John, Muzium Kastam Melaka, Melaka Stamp Museum, Muzium Senibina Malaysia, Mini Malaysia&ASEAN Cultural Park, Indipendence Monument Museum, The Malacca Islamic Museum, Starits Chinese Jewelry Museum Malacca, Villa Sentosa dan Malaqa House. Melaka juga mempunyai beberapa mercu tandanya antaranya Masjid Selat Melaka, Kampung Mortem, Kinci Air Kesultanan Melayu dan Dataran Keris.
Jom bercuti bersama Dar At Taqwa Travel & Tours
Pakej percutian budget
Pakej percutian bulan madu
Pakej percutian keluarga
Pakej percutian VIP
Tarikh dan Masa macam mana?
Anda sendiri boleh tentukan.
DAR AT TAQWA TRAVEL
No 35-2, Jalan 9/9C,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.
Hubungi:
0129745543
0183566467
0389127379
Meh pakat booking sekarang!
Pakej percutian budget
Pakej percutian bulan madu
Pakej percutian keluarga
Pakej percutian VIP
Tarikh dan Masa macam mana?
Anda sendiri boleh tentukan.
DAR AT TAQWA TRAVEL
No 35-2, Jalan 9/9C,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.
Hubungi:
0129745543
0183566467
0389127379
Meh pakat booking sekarang!