1. Kota Sultan Ismail Petra
Kota ini adalah tempat tarikan pelancongan yang terkenal di negeri Kelantan. Kalau tak ke sini, tak lengkaplah perjalanan anda di Kelantan. Di sinilah letaknya monumen-monumen yang bersejarah seperti Istana Jahar, Bank Kerapu, Bank Pitis dan Istana Balai Besar. Sebaik saja anda masuk ke Kota Sultan Ismail Petra, anda akan disambut oleh Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra atau Menara Rehal yang menjadi lambang kemegahan ibu negeri Kelantan, Kota Bharu.
2. Lata Beringin
Sebuah air terjun yang sangat indah di Kelantan dengan ketinggian sebanyak 120 meter, ia merupakan salah satu daripada air terjun yang tertinggi di Kelantan. Antara aktiviti yang boleh anda sekeluarga lakukan sekiranya datang ke sini adalah seperti jungle trekking, berkhemah, memancing dan berkelah. Kalau anda yang sukakan fotografi juga, disyorkan untuk anda melawat air terjun ini kerana pemandangannya yang sangat mandamaikan mata.
3. Masjid Muhammadi
Masjid yang begitu penting di Kelantan ini telah dibina pada 1867 dengan hanya menggunakan kayu-kayu namun, diubah kepada konkrit pada 1922. Masjid Muhammadi dapat menampung 2400 orang jemaah. Masjid ini menjadi tempat penyebaran ilmu agama di Nusantara (sehingga Kelantan digelar Serambi Mekah). Haji Wan Ali Kutan, Tuan Taba dan Tok Kenali antara tokoh ulama yang pernah mengajar di Masjid Muhammadi.
4. Wakaf Che Yah
Terdapat dua konsep perniagaan di Wakaf Che Yah. Pada waktu siang, Wakaf Che Yah adalah pasar borong yang menawarkan pelbagai barangan asas dan basah, bila menjelang malam pula, ia menjadi pasar malam yang penuh dengan pelbagai jenis barangan terutama sekali pakaian seperti kain pasang dan tudung. Terdapat pelbagai barangan yang dijual maka, berhati-hati kalau datang ke sini, sedar tak sedar, boleh licin duit poket.
5. Pasar Siti Khadijah
Siapa tak kenal pasar yang mahsyur di Kelantan ni? D sinilah syurga membeli-belah untuk wanita. Bermacam-macam benda yang dijual di Pasar Siti Khadijah. Kalau nak membeli-belah di sini, anda akan mendapat harga yang special jika membeli secara borong. Kalau dah penat mencuci mata melihat barang-barang di pasar ni, anda boleh menjamu selera di medan selera yang terdapat di tingkat satu bangunan ini. Boleh rambang mata anda melihat kepelbagaian jenis makanan yang terdapat di sini. Semua sedap-sedap, mesti puas punyalah!
Jom bercuti bersama Dar At Taqwa Travel & Tours
Pakej percutian budget
Pakej percutian bulan madu
Pakej percutian keluarga
Pakej percutian VIP
Tarikh dan Masa macam mana?
Anda sendiri boleh tentukan.
DAR AT TAQWA TRAVEL
No 35-2, Jalan 9/9C,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.
Hubungi:
0129745543
0183566467
0389127379
Meh pakat booking sekarang!
Pakej percutian budget
Pakej percutian bulan madu
Pakej percutian keluarga
Pakej percutian VIP
Tarikh dan Masa macam mana?
Anda sendiri boleh tentukan.
DAR AT TAQWA TRAVEL
No 35-2, Jalan 9/9C,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.
Hubungi:
0129745543
0183566467
0389127379
Meh pakat booking sekarang!