PERCUTIAN DI JOHOR MENJANJIKAN KEPUASAN PERCUTIAN TERBAIK ANDA! TIDAK TAHU DESTINASI MENARIK? TERUSKAN MEMBACA!
1. Legoland Malaysia Resort
Siapa yang tidak kenal dengan permainan Lego. Permainan yang menjadi kegilaan di zaman kanak-kanak kini telah diterjemahkan kepada taman tema permainan yang amat menyeronokkan. Taman tema ini mempunyai pusat penginapan sendiri (Legoland Hotel) menawarkan lebih 70 daya tarikan dan aktiviti menyeronokkan. Antaranya Dragon’s Apprentice, Project X, Lego Slide Racer, Brick Blaster, Miniland yang dibina dengan Lego dan Lego train.
2. Bangunan Sultan Ibrahim
Bangunan ini merupakan bekas pusat pemerintahan Johor dan sekarang dijadikan sebagai salah satu tarikan utama pelancongan di Johor Bahru. Bangunan ini menggabungkan tiga seni bina iaitu infrastruktur luar digayakan dengan seni bina kolonial, seni bina dalaman mengikut seni bina Kesultanan Johor dan sentuhan seni bina Islam pada ukiran-ukiran bangunan. Pada pencinta sejarah, anda harus berkunjung ke sini kerana Bangunan Sultan Ibrahim ini juga merupakan benteng pertahanan ketika Perang Dunia Kedua.
3. Pulau Dayang
Pulau ini terletak bersebelahan Pulau Aur juga menyajikan air laut yang jernih, di samping terumbu karang yang cantik. Pantai yang bersih dan pasirnya yang memutih menjadikan pulau ini tempat persinggahan para pengunjung. Berehat di tepi pantai sambil dibelai angin Laut China Selatan setelah letih menyelam melihat terumbu karang yang cantik, kedengaran seperti aktiviti yang anda tidak boleh lepaskan, tidak begitu?
4. Gunung Ledang
Siapa saja yang tidak tahu tentang kisah mistik gunung ini. Gunung yang paling tinggi di Johor merupakan gunung kegemaran bagi para pendaki. Pendakian yang mengambil masa selama 5 hingga 6 jam tidaklah semudah yang disangka kerana treknya berbatu dan licin. Setelah pendaki penat mendaki, anda boleh hilangkan lelah di air terjun kaki gunung ini. Airnya bersih dan sejuk menjadi destinasi menarik di Muar yang memang sudah terkenal di kalangan penduduk Johor dan pelancong luar. Pastikan, Gunung Ledang berada dalam senarai penjelajahan anda.
5. Muzium Nenas
Terletak di sebuah pekan kecil bernama Pekan Nenas. Disini, pengunjung dapat melihat pameran bertemakan buah nenas, mengetahui jenis-jenis nenas, melakukan aktiviti penanaman nenas, pemprosesan produk nenas, dan pelbagai lagi info menarik berkaitan nenas ada dipaparkan di sini. Anda juga dapat melihat pelbagai jenis nenas yang ditanam di bahagian luar muzium ini. Selain itu, anda boleh membeli pelbagai barangan berasaskan nenas seperti jem dan jus.
Jom bercuti bersama Dar At Taqwa Travel & Tours
Pakej percutian budget
Pakej percutian bulan madu
Pakej percutian keluarga
Pakej percutian VIP
Tarikh dan Masa macam mana?
Anda sendiri boleh tentukan.
DAR AT TAQWA TRAVEL
No 35-2, Jalan 9/9C,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.
Hubungi:
0129745543
0183566467
0389127379
Meh pakat booking sekarang!