KUALA LUMPUR

CUTI-CUTI KUALA LUMPUR. KUALA LUMPUR MERUPAKAN IBU NEGARA MALAYSIA. APA YANG ADA DI KUALA LUMPUR? AYUH KITA TEROKAI!
1. Petrosains

Dengan keluasan 7,000 kaki persegi, banyak sekali aktiviti yang dapat anda dan keluarga terokai di Petrosains ini. Antara pameran yang terdapat di sini adalah Dark Ride (persembahan audio visual dari zaman pra-sejarah sehingga ke zaman moden di Malaysia), Space (pameran tentang sains angkasa lepas), Speed (pameran kereta Formula 1), Molecule Nano World, 3D Theatre dan banyak lagi.
2. Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara ini dibuka pada tahun 1996 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Pameran sains di sini dibahagikan kepada beberapa bahagian berbeza mengikut tema. Konsep yang digunakan di Pusat Sains Negara adalah untuk menghubungkan penemuan saintifik dengan alam sekitar, nilai-nilai agama, ilmu dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan aplikasinya dalam kehidupan seharian manusia. Bagi anda yang tak begitu meminati subjek sains pun pasti akan teruja dengan cara-cara info sains dan teknologi disampaikan kepada pelawat di pusat sains ini yang penuh dengan kreativiti.
3. Planetarium Negara

Rekabentuk bangunan Planetarium Negara begitu unik sekali kerana ia menggabungkan seni bina Islam dan futuristik. Bangunan yang unik ini adalah salah satu daripada destinasi yang sangat menarik untuk dilawati untuk pengalaman mengembara ke angkasa, lain daripada yang lain bukan? Di sini terdapat persembahan video di space theatergaleri sains angkasa mempamerkan enjin Arianne IV yang digunakan untuk melancarkan MEASAT 1 dan dek pemerhatian atau observatory yang disediakan teleskop bersaiz 14 inci. Sangat menarik untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan saintifik berkaitan angkasa.
4. Kuala Lumpur Upside Down House

Rumah terbalik yang terletak di Menara Kuala Lumpur ini adalah yang pertama di Kuala Lumpur dan merupakan rumah terbalik yang tertinggi di Malaysia. Kesemua kedudukan barangan tidak kira dari luar mahupun dalaman rumah ini adalah dalam kedudukan yang terbalik. Unik dan pastinya satu pengalaman yang mengujakan terutama bagi kanak-kanak. Daya tarikan Upside Down House ini bukan sahaja pada rekaannya yang melawan graviti dan tak masuk dek akal, tapi juga dengan penggunaan warna-warninya yang begitu ceria, memang syok untuk bergambar kalau dah sampai ke sini.
5. Sky Bridge KLCC

Pengalaman yang menakjubkan apabila dapat naik ke bangunan tertinggi di Malaysia, Sky Bridge merupakan jambatan yang menghubungkan kedua-dua menara KLCC ini, dari sini anda boleh pergi ke dek pemerhatian untuk menyaksikan pemandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang begitu indah.
Jom bercuti bersama Dar At Taqwa Travel & Tours

Pakej percutian budget
Pakej percutian bulan madu
Pakej percutian keluarga
Pakej percutian VIP

Tarikh dan Masa macam mana?
Anda sendiri boleh tentukan.

DAR AT TAQWA TRAVEL
No 35-2, Jalan 9/9C,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.

Hubungi:
0129745543
0183566467
0389127379

Meh pakat booking sekarang!