PERJANJIAN AQABAH - KRONOLOGI SELEPAS HIJRAH NABI MUHAMMAD

Perjanjian Aqabah berlaku sebanyak dua kali ditempat bernama Aqabah iaitu lokasi terletak di antara Mina dan Mekah.

Perjanjian Aqabah Pertama, pada 621 Masihi. Pertemuan antara Nabi Muhammad SAW dan orang Madinah dari suku Khazraj membawa kepada termetrainya satu perjanjian. 

Antara isi kandungan Perjanjian Aqabah Pertama ialah:
  • Suku kaum Aus dan Khazraj perlu beriman kepada Allah S.W.T dan Rasul.
  • Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.
  • Tidak melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak dan membunuh bayi perempuan.

Nabi Muhammad S.A.W telah menghantar Mus'ab bin Umair seorang pendakwah Islam ke Madinah untuk menyebarkan ajaran Islam selepas Perjanjian Aqabah Pertama ini.

Perjanjian Aqabah Kedua, pada 622 Masihi. Pada pertemuan ini, rombongan orang Arab Madinah (suku Aus dan Khazraj) lebih ramai berbanding yang sebelumnya bertemu dengan Nabi Muhammad SAW. 

Antara isi kandungan Perjanjian Aqabah Kedua ialah:

  • Suku kaum Aus dan Khazraj memeluk agama Islam dan mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad S.A.W.
  • Suku kaum Aus dan Khazraj menjemput Baginda dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah.
  • Suku kaum Aus dan Khazraj secara sukarela menyediakan tempat tinggal serta menjamin keselamatan Nabi Muhammad S.A.W dan menyatakan kesediaan mereka mempertahankan Islam.

Perjanjian Aqabah ini membuka jalan kepada penghijrahan orang Islam Mekah ke Madinah.