KEPADA YANG BAKAL BERKAHWIN ATAU YANG SUDAH BERKAHWIN ATAU YANG ADA KEINGINAN UNTUK KAHWIN. INI 5 TIPS BULAN MADU ADMIN NAK KONGSI.
Peringatan: baca hingga habis atau anda akan menyesal
1.Tema
Anda dan pasangan soulmate forever till jannah boleh berpakat bagaimana dan tempat yang sesuai untuk korang sama-sama berbulan madu mengikut taste masing-masing. Ada yang taste berbulan madu di kawasan tanah tinggi, kawasan pulau dan pantai, kawasan rimba dan kampung, kawasan tengah bandar, pesisiran bandar, luar bandar dan banyak lagi di luar dan di dalam negara.
Setiap orang mesti ada taste dia, jadi berbincang dulu sebelum decide agar semua taste pasangan dipenuhi. Kalau nak buat surprise pun best juga, si soulmate mesti lagi gembira. Jarang la orang murung dapat surprise ni, lagi-lagi bab berjalan. Kekekek
2. Pakaian
Pakaian yang anda dan pasangan haruslah bersesuaian dengan destinasi yang dipilih. Katakan percutian anda di tepi pantai, kesian si dia kalau bawa pakaian untuk mendaki. Heheheh.
Satu hal penting lagi adalah luggage bag anda. Kalau dulu solo-molo, beg pun mesti pack untuk keperluan diri sendiri saja. Ada tu dia pack pakaian guna plastik hitam saja. Hahahaha. Tapi, sekarang sudah berdua, luggage pun mestilah berkongsi berdua. Berkongsi dapat meringankan dan menjimatkan wang korang untuk tambah bagasi satu lagi bila pulang nanti.
Luggage siap, baju pun settle, tapi jangan lupa pulak toiletries korang dan pasangan. Memang kebiasaannya hotel-hotel menyediakan kemudahan ini, tapi kadang-kadang tidak seperti yang kita mahukan.
Jadi untuk lebih memuaskan, bawa segala peralatan mandi korang dan pasangan dari rumah. Especially, bagi kaum hawa diluar sana. Segala skincare muka, shampoo rambut, body wash, colgate, brush teeth dan alat-alat makeup. Jangan lupa bawa, nanti murung seminggu.
3. Aturcara
Aturcara ketika berbulan madu haruslah santai-santai dan tidak terlalu pack and crowd yang menyebabkan korang dan pasangan dalam keadaan terkejar-kejar atau rushing. Kerana waktu bulan madu ini kita hendak mengenali hati budi pasangan masing-masing, berbual-bual santai, bergurau senda, bermanja-manja bersama pasangan gitu.
Tapi, ada juga pasangan yang sukakan aktiviti lasak dan sebagainya. Jadi, susun la itinerary bulan madu korang based on taste pasangan masing-masing.
4. Bajet
Nak berbulan madu jangan sampai terpaksa meminjam pula. Rancang bulan madu korang mengikut bajet. Kadang-kadang tak sampai satu K pun dah boleh honeymoon. Nak bercuti, jangan sampai membebankan diri korang dan pasangan.
5. Emosi dan perwatakan
Yang terakhir dan paling penting ialah emosi dan perwatakan korang. Jaga emosi. Cuba bayangkan pergi berbulan madu tapi balik bermasam muka. Mesti tak best, bukan? Suami atau isteri, kedua-duanya harus give and take dan berusaha buat yang terbaik untuk rumah tangga.
Apa je perlu buat sewaktu berbulan madu ni? Komunikasi. Bersembang-sembang la bersama pasangan tentang diri korang. Banyak yang boleh disembangkan misalnya apa yang anda suka dan tak suka.. dan apa yang pasangan anda suka dan tak suka.. sejarah kehidupan korang dan pasangan..
Waktu pasangan korang tengah bersembang, jangan pula anda sibuk dengan handphone. Tolak dulu gajet, telefon pintar dan dunia maya anda tu. Tumpukan perhatian dan masa 100 peratus pada pasanagan. Baru lebih harmoni.
Tips ini membantu, tidak? Eh, tiber rasa berminat pula untuk pergi honeymoon. Tunggu apa lagi, nyatakan hasrat anda kepada team kami.
Ayuh, berbulan madu bersama Dar At Taqwa Travel & Tours Sdn Bhd
Pakej percutian honeymoon
Pakej percutian family
Pakaj percutian VIP
Tarikh dan masa macam mana ?? Ada sendiri boleh tentukan
DAR AT TAQWA TRAVEL & TOURS
No 35-2, Jalan 9/9CSeksyen 9,
Bandar Baru Bangi
43650 Selangor.
Emel: darattaqwa1@gmail.com
Hubungi:
012 9745543 ( Kak Ina)
018-3566467 (jue)
03 89127379 (pejabat)
Meh pakat booking sekarangg!!!
Admin: Alifa Elyanna
Pakej percutian honeymoon
Pakej percutian family
Pakaj percutian VIP
Tarikh dan masa macam mana ?? Ada sendiri boleh tentukan
DAR AT TAQWA TRAVEL & TOURS
No 35-2, Jalan 9/9CSeksyen 9,
Bandar Baru Bangi
43650 Selangor.
Emel: darattaqwa1@gmail.com
Hubungi:
012 9745543 ( Kak Ina)
018-3566467 (jue)
03 89127379 (pejabat)
Meh pakat booking sekarangg!!!
Admin: Alifa Elyanna
DFVRF😆
CCDDFRFFVDV