UMRAH DAN ZIARAH (WAJIB UMRAH)

Assalamualaikum wbt. Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas (jika kawan-kawan terlepas dan ingin membacanya atau kawan-kawan ingin refresh kembali ilmu, klik SINI ATAU SINI JUGA SINI. 😆

Kali ini admin ðŸ™‹ ingin berkongsi tentang Wajib Umrah. Istilah wajib dalam umrah bermaksud perkara-perkara yang mesti dilakukan. Jika tidak dilakukan umrahnya tetap sah, namun harus dikenakan dam dengan syarat-syaratnya (dam akan diceritakan pada next entry) 😊

Keseluruhannya, wajib umrah hanya 2 sahaja, iaitu berniat ihram umrah di miqat dan meninggalkan larangan ihram.

1. Berniat ihram umrah di miqat.

Kawan-kawan jangan keliru ya 🙇 niat ihram umrah adalah rukun umrah, manakala niat ihram umrah di miqat merupakan wajib umrah. "Miqat tu makanan ke?" Heheheh, tidak 😇 kawan-kawan sudah tahu lafaz niat ihram umrah, bukan? Persoalan seterusnya, bila dan dimana perlu kita lafazkan niat itu? Jadi, itulah kerja miqat.

Miqat bermaksud ketentuan masa atau tempat untuk berniat ihram umrah. Miqat dibahagikan kepada dua, iaitu miqat masa (miqat zamani) dan miqat tempat (miqat makani).

- Miqat masa (miqat zamani). "Bila masanya jemaah perlu berniat ihram umrah?". Umrah boleh dilakukan bila-bila masa sahaja, termasuklah pada Raya Haji (10 Zulhijjah) dan hari-hari tasyriq (11,12,13 Zulhijjah). Namun, terdapat beberapa perkara bagi jemaah Haji yang perlu diberi perhatian jika ingin melakukan umrah ketika waktu haji.

- Miqat tempat (miqat makani) . "Dimana jemaah perlu berniat ihram umrah?". Keseluruhannya, miqat makani ada 5, iaitu Zul Hulaifah/Bir Ali, Al-Juhfah, Yalamlam, Qarnul Manazil dan Zat Irq.

Bagi rakyat Malaysia yang terus memasuki Mekah (KLIA - Jeddah) akan miqat di dalam kapal terbang apabila sampai di Qarnul Manazil. 


Namun bagi rakyat Malaysia yang memasuki Madinah (KLIA - Madinah) akan miqat di dalam bas apabila sampai di Zul Hulaifah/ Bir Ali.

2. Meninggalkan larangan Ihram umrah.
Larangan dalam Ihram ada 13 perkara dan dapat dikategorikan kepada 5 iaitu pakaian, wangi-wangian, kecantikan, alam sekitar dan hubungan jantina.