Pembukaan Kota Mekah terjadi pada tanggal 10 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah. Puncanya bermula daripada pelanggaran perjanjian yang telah dibuat iaitu genjatan senjata selama 10 tahun.
Mengikut perjanjian, mana-mana suku kaum diberi kebebasan memilih pelindungan sama ada dibawah Quraish Mekah atau Islam Madinah. Lalu, Bani Khuzaah berlindung dibawah Nabi Muhammad dan Bani Bakr dibawah lindungan Quraish. Secara tiba-tiba, Bani Bakr menyerang Bani Khuzaah atas bantuan peralatan senjata pihak Quraish Mekah.
Berita itu telah sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad memberikan 3 pilihan kepada mereka:
1. Quraish Mekah harus membayar diyat (denda).
2. Quraish Mekah harus memutuskan hubungan dengan Bani Bakr.
3. Quraish Mekah mengakui perjanjian terbatal dan isyhtihar perang.
Kaum Quraish Mekah memilih pilihan terakhir. Lalu, bersiap-sedialah tentera Islam. Kaum Quraish takut, lalu mengirimkan Abu Sufian untuk membuat kembali perjanjian baru namun ditolak Nabi Muhammad. Kemudian, berangkatlah sekumpulan angkatan tentera dengan strategi serangan 4 penjuru.
Akhirnya, kota Mekah ditakluk oleh orang Islam hingga kini.