UMRAH DAN ZIARAH (MAKNA, HUKUM, KELEBIHAN, SYARAT SAH DAN RUKUN UMRAH)


Dan sempurnakanlah ibadah Haji dan Umrah kerana Allah SWT
(Al-Baqarah:196)
'Daripada satu umrah ke satu umrah adalah penghapus dosa antara keduanya'
riwayat Muttafaq 'alayh

Antara salah satu syarat melakukan umrah ialah berkemampuan. Tahukah anda berkemampuan merangkumi 5 perkara. Antaranya:

1. Berkemampuan dalam perbelanjaan makan dan minum
2. Keselematan nyawa dan harta.
3. Terdapat bekalan air dan makanan.
4. Mampu menaiki kenderaan.
5. Mempunyai kenderaan yang selayaknya
Istilah rukun dalam ibadah Umrah bermaksud amalan-amalan yang mesti dilakukan. Jika tidak dilakukan, ibadah umrah itu tergantung. Rukun umrah ada 5:

1. Berniat Ihram Umrah

Lafaz niat ihram umrah: Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Bila jemaah perlu berniat dan di mana perlu berniat, akan diterangkan pada next entry dibawah tajuk wajib umrah.  Namun yang dihighlight-kan disini ialah sebutan lafaz niat ihram umrah itu ye kawan-kawan. Bagaimana?

Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. 
Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. 
Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. 

Namun, sebelum jemaah berniat, anda perlu melakukan persedian iaitu memakai ihram bagi lelaki dan berpakaian menutup aurat bagi wanita.  Juga disunatkan melakukan perkara-perakar sunat sebelum ihram seperti potong kuku, cabut bulu-bulu, mandi sunat Ihram dan solat sunat Ihram.

Diingatkan juga, setelah anda berniat Ihram. Jemaah akan terikat dengan 13 larangan ihram (juga akan diterangkan pada next entry dibawah tajuk wajib umrah)

2. Tawaf

Tawaf secara mudahnya bermaksud jemaah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya. Cara melakukan tawaf seperti video dibawah:
Antara syarat-syarat tawaf ialah suci daripada hadas besar dan kecil serta najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf, menutup aurat, tawaf dimulakan dan disudahi pada rukun Hajarul Aswad, Ka'bah sentiasa disebelah bahu kiri, berjalan dengan tujuan tawaf, cukup 7 pusingan dengan yakin dan tawaf itu dilakukan dalam masjidil haram, diluar Hijr Ismail dan Syazarwan.


3. Saie 

Saie bermaksud berjalan ulang alik dari safa ke marwah sebanyak 7 kali deangan syarat-syaratnya. Saie simbolik kepada kisah pengorbanan Siti Hajar r.a bersama-sama Nabi Ismail r.a.
4. Bercukur dan bergunting

Setelah semuanya selesai, jemaah akan bercukur atau bergunting untuk bertahallul (membebaskan diri larangan Ihram).

5. Tertib.

Rukun umrah harus dilakukan mengikut tertib susunannya. Perkara yang perlu didahulukan, dilakukan dahulu.

Peringatan kepada pembaca yang dikasihi Allah, tulisan ini hanya sekadar untuk kefahaman secara kasar dan tidak sesuai dijadikan rujukan ilimiah. *senyum