PERJANJIAN HUDAIBIYAH - KRONOLOGI SELEPAS HIJRAH NABI MUHAMMAD

Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada tahun ke-5 Hijrah. Mulanya, Nabi Muhammad bersama 1400 orang Islam ingin ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah. Berita rombongan itu sampai ke pengetahuan kaum Quraish Mekah. 

Sampai di Hudaibiyah, mereka dihalang untuk memasuki Mekah.
Nabi Muhammad telah menghantar Usman bin Affan untuk memberitahu tujuan sebenar kedatangan mereka.  

Setelah itu, timbul khabar angin bahawa Usman bin Affan telah mati dibunuh. Lalu, orang Islam bersumpah setia (Bai’ah Ridwan) untuk menuntut kematian Saidina Usman. Orang Quraish ketakutan dan mengutus Suhail bin Amru. 

Kemudian, termetrai satu perjanjian. Antara isi perjanjian Hudaibiyah ialah:
  • Gencatan senjata antara kaum Musrikin Quraisy dan orang Islam selama 10 tahun.
  • Kebebasan diberikan kepada kabilah Arab yang lain sama ada untuk memihak kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.
  • Orang Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
  • Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.
  • Umat Islam dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun berikutnya, iaitu 629 M atau 7 Hijrah.

Perjanjian ini pada mulanya tidak mendapat persetujuan dalam kalangan sahabat kerana isi perjanjian ini dilihat berat sebelah. Namun, setelah seketika mereka tersedar dan mengikuti Nabi menyembelih binatang (dam) untuk bebas daripada larangan ihram.