PERANG UHUD - KRONOLOGI SELEPAS HIJRAH NABI MUHAMMAD

Perang Uhud berlaku pada 3 Syawal tahun ke-3 Hijrah dan berlaku di Bukit Uhud. Pertempuran ini melibatkan 3000 tentera Quraish dipimpin oleh Abu Jahal, turut serta Safwan bin Umaiyah, Ikrirmah bin Abu Jahal dan Hindun.

Manakala 700 tentera Islam dipimpin Nabi Muhammad. Pada mulanya, Nabi Muhammad berjaya mengumpul 1000 orang. Kemudian, 600 orang Yahudi pimpinan Abdullah bin Ubay ingin turut serta, namun Nabi menolak. Rentetan daripada itu, 300 orang tentera Islam berjaya dihasut Abdullah bin Ubay dan mereka balik ke Madinah.

Punca tercetusnya peperangan Uhud rentetan daripada kekalahan orang Quraish pada perang Badar. Penduduk Quraish Mekah malu besar. Saudagar-saudagarnya tidak berani berdagang ke Syam, mereka takut akan ditahan ketika melalui persisiran Madinah. Jika keadaan ini berterusan, mereka akan mengalami krisis ekonomi dan kelaparan. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk perang kembali.

Pertempuran berlaku. Dipertengahan waktu, kemenangan hampir di pihak Nabi Muhammad. Namun, atas kesilapan pasukan pemanah dimana Nabi telah berpesan sebelum peperangan bermula agar mereka tetap disitu walau apa pun terjadi. 
Perang Uhud berakhir dengan kemenangan di pihak Quraish Mekah.