PERANG AHZAB/KHANDAQ - KRONOLOGI SELEPAS HIJRAH NABI MUHAMMAD

Perang Khandak berlaku pada bulan Syawal tahun ke-5 Hijarah. Dinamakan perang Ahzab kerana terbentuknya gabungan tentera pihak musuh, manakala nama Khandak kerana strategi tentera Islam yang menggali parit (cadangan Salman Al-Farisi) sebagai kubu pertahanan.



Pertempuran melibatkan 10000 tentera musuh (4000 tentera Quraish, 6000 tentera gabungan Bani Ghatafan, Bani Saleem dan suku-suku lain) dan 3000 tentera Islam.

Punca pertempuran ini tercetus adalah rentetan daripada kemenangan pihak Quraish sewaktu perang Uhud. Kemenangan itu menyebabkan orang Quraish mendapat kembali kepercayaan pihak lain bahawa mereka tentera yang kuat, antara yang terpedaya ialah Bani Khuzairah (kaum Yahudi Madinah yang dihalau oleh Nabi kerana mereka melanggar perjanjian). Bani Khuzairah berasa marah dan menghasut penduduk Quraish Mekah untuk memerangi Baginda. 
Gambar diatas menunjukkan parit yang digali oleh Nabi Muhammad dan sahabat. Tahukah anda terdapat beberapa peristiwa sewaktu proses galian yang menunjukkan mukjizat Nabi Muhammad, antaranya sebuah batu besar yang tidak dapat dipecahkan oleh sahabat namun berjaya dipecahkan dengan 3 tukulan Nabi Muhammad. 

Juga peristiwa dimana makanan yang sedikit namun mencukupi untuk semua para sahabat hasil daripada cedokan Nabi Muhammad.