Perang yang pertama dalam Islam ini berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah setelah Allah mengizinkan umat Islam berperang untuk menyelamatkan agama (Surah al-Haj, ayat 39 dan 40).
Perang Badar berlaku di Lembah Badar.
Pertempuran ini melibatkan 313 tentera Islam Madinah dipimpin oleh Nabi Muhammad dan 1000 tentera Quraish dipimpin oleh Abu Jahal.
Punca tercetusnya peperangan Badar bermula daripada rombongan dagangan Abu Sufian dari Syam yang melalui persisiran kota Madinah untuk sampai ke Mekah. Nabi mengambil tindakan untuk menyiasat dan menyekat mereka. Abu Sufian yang ketakutan meminta bantuan di Mekah, dan Abu Jahal berjaya mengumpulkan tentera.
Peperangan ini berakhir dengan kemenangan di pihak Islam.